Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat para pemaju semakin giat dalam meningkatkan harga hartanah sehinggakan tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu untuk memilikinya.

Kehadiran wabak COVID-19 bukan sahaja memberi ancaman buat orang ramai dari segi kesihatan malah turut memberi kesan yang besar buat pelbagai industri lain.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Menurut para pemaju di Pulau Pinang, kehadiran wabak COVID-19 serta keadaan eknonomi dunia yang perlahan telah memberi kesan yang besar kepada industri hartanah.

penang_property_developers_0508

Sumber: Malay Mail

Berdasarkan perkongsian, sejak kehadiran wabak COVID-19 para pemaju dan agen hartanah tidak lagi mendapat tawaran untuk membeli atau menyewa hartanah. Malah, jumlah prospek yang berminat untuk melihat keadaan kediaman juga menurun dengan mendadak.

Berikutan isu yang berlaku, Jerry Chan selaku bekas Persatuan Hartanah dan Pemaju Pulau Pinang telah menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dalam usaha untuk membantu para pemaju serta merancakkan semula industri hartanah.

doc6yd5oivs9l21i2enz1cj

Sumber: The Star

Tawaran bayaran balik yang lebih efisien serta berpatutan antara yang dituntut kepada pihak bank dan kerajaan dalam membolehkan orang ramai memiliki hartanah dengan keadaan ekonomi semasa.

Setakat ini, para pemaju hartanah memilih untuk memuat naik rekaan dalaman kediaman melalui tontonan secara  360° di Facebook.

Pada tahun lalu, dilaporkan Johor mencatat jumlah hartanah tidak terjual tertinggi di Malaysia. Ketahui juga perkara yang perlu diketahui anak muda sebelum mendapatkan hartanah.

Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia

Ini Perkara Yang Geng Hartanah Tidak Beritahu Ketika Beli Rumah Pada Usia Muda

Rakyat Malaysia Kuasai Pemilikan Hartanah Mewah Di London

Anda Mungkin Suka