Menyebut tentang harga rumah di Malaysia, mungkin ramai daripada Rakyat Malaysia sudah cukup tahu mengenai harganya yang kian melambung. Dari sudut pemaju pula, dikatakan peratusan rumah tidak terjual pula semakin meningkat pada setiap tahun.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dalam usaha orang ramai untuk mendapatkan rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan, pihak kerajaan baru-baru ini telahpun mengemumkan pengecualian SST buat para pengguna.

MAH SING / SAVANNA GROUP
Sumber: NST

Terbaru, syarikat pemaju rumah Mah Sing Group telah mengumumkan mereka telahpun menurunkan harga rumah pasca SST bagi memberi lebih peluang buat anak muda memiliki rumah. Selain itu, Alzac dan Rehda Penang yang turut mengikuti jejak langkah yang sama.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Hasrat yang dibuat Mah Sing Group ini dikatakan bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam menawarkan lebih banyak rumah mampu milik buat para pengguna. Dalam pada itu, pengecualian SST ini hanya tertakluk kepada rumah yang baharu dan tidak termasuk rumah yang sudah lama dibangunkan.