Umum tahu pada 20 Jun lalu pihak kerajaan telah meluahkan kegusaran mengenai peningkatan kes COVID-19 kepada dua angka dan 13 kluster baharu sejak PKPP diumumkan. Hal ini turut membuatkan pihak kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan peningkatan semula kes ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan pada hari ini sedia untuk mewajibkan pemakain pelitup muka buat orang ramai di tempat awam yang sesak serta pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, pihak kerajaan turut membenarkan pemakaian pelitup muka buatan sendiri namun perlulah mengikuti SOP yang ditetapkan WHO.

Pihak kerajaan juga sedia mengambil tindakan yang lebih tegas pada kali ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mendenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kepada individu yang mengingkarinya.

UTU_LRTx002-1-scaled
Sumber: Kosmo

Diharap orang ramai sedia mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dalam memastikan kes COVID-19 dalam negara dapat diturunkan semula.

Sebelum ini WHO turut menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka di tempat awam dalam mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

WHO Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka