Sejak dari kecil kita melihat aksi memanah yang hebat di layar televisyen oleh seorang lelaki bernama Robin Hood. Kini, Katnis Everdeen pula menonjolkan ketangkasannya bermain panah di dalam filem The Hunger Games dan Legolas di dalam The Hobbit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Lelaki Ini Ubah Patung Biasa Menjadi Katniss Everdeen. 100% Serupa!

Percaya atau tidak, kita lebih banyak melihat aksi memanah dari drama dan filem luar negara berbanding sukan memanah yang sebenar. Adakah benar aksi-aksi memanah yang ditonjolkan itu adalah kemahiran terhebat di dalam memanah?

Lars Anderson menyatakan apa yang telah ditunjukkan oleh Holloywood di dalam drama dan filem mereka adalah tidak tepat sama sekali! Ya, tidak tepat! Bagi membuktikannya, Lars Anderson yang kini memegang gelaran sebagai pemanah terpantas di dunia menunjukkan cara sebenar seorang pemanah.

Beliau menguasai skil-skil memanah ini dari rujukan sejarah kuno, bukan dari latihan biasa di arena sukan memanah dan pasti bukan dari Hollywood. Beliau turut mengakui banyak siri latihan dilakukan sehinggalah dia menjadi sepantas ini:

LIKE Facebook The Vocket disini dan anda boleh menghantar kisah menarik anda pada kami disini.