Pejam celik sudah hampir seminggu umat Islam di Malaysia telah melaksanakan ibadah puasa bersempena bulan Ramadan. Antara topik yang tidak lepas diperkatakan orang ramai, sudah tentulah mengenai lokasi tapak bazar ramadan.

Satu video yang dimuat naik oleh Twitter @hafizaquafiz telah mencuri perhatian netizen, di mana video itu menunjukkan pemandangan tapak Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani yang dirakam menggunakan dron.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Daripada video dirakam itu kelihatan sejumlah khemah yang tersusun panjang di belakang kawasan perumahan tersebut.

Netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video pendek berdurasi lapan saat itu. Ada yang menyukainya kerana mempunyai pelbagai pilihan juadah yang boleh dipilih untuk dijadikan juadah berbuka.

Namun ada juga berpendapat ianya tidak berbaloi untuk pergi kerana sudah pasti ramai peniaga yang menjual makanan dan minuman yang sama. Jadi tiada keistimewaan buat para pengunjung yang datang.

https://twitter.com/n_irdeeeana/status/1640360165257154560?s=20

Pun begitu, ramai juga yang teruja melihat suasana bazar ramadan sepanjang itu kerana langsung tidak menyangka ada lokasi yang boleh memuatkan khemah-khemah sepanjang jalan raya berkenaan.