Traveler yang sukakan cabaran boleh mencuba Skylodge, pod telus yang diletakkan pada ketinggian 400 kaki (122 meter) dari aras tanah, yang melekat pada permukaan lereng curam gunung Andes, Peru.

Terletak berhampiran bandar Cuzco, kediaman 3 buah kapsul bersaiz 24 x 8 meter yang diperbuat oleh polikarbonat dan aluminium ini dikendalikan oleh sebuah syarikat pelancongan Peru bernama Natura Viva. Kediaman ini menawarkan pemandangan menarik Sacred Valley – sebuah kawasan yang terkenal kerana pemandangan yang menakjubkan, kampung-kampung kecil dan jalan raya yang menakutkan.

Untuk sampai ke kapsul ini, anda haruslah memanjat tangga besi setinggi 400 kaki pada tebing gunung yang sangat curam. Cara lain adalah dengan mendaki dan kemudian turun ke bawah menggunakan wayar zip (zip wire) untuk sampai ke pod berkenaan. Harga mendiami Skylodge adalah pada USD $300 atau RM1200 untuk satu malam.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Naturavive.com

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

BACA: Epik! Rakaman Drone Dan ‘Aerial Footage’ Di Gunung Kinabalu

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

pod-sacredvalley

Kalau anda ingin merasai lebih banyak awesomeness Skylodge, lihat video di bawah:

BACA Juga: ‘Everest’ Adaptasi Kisah Benar Pendakian Gunung Yang Meragut Nyawa

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber