Tindakan sebuah kereta melalui laluan motosikal di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) berhampiran Plaza Tol Ayer Panas di sini mengundang padah apabila pemilik kenderaan itu disaman polis.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sejurus selepas menerima video tular itu, pihaknya terus menjalankan usaha bagi mengesan pemilik kenderaan itu.

https://www.youtube.com/watch?v=dnrEbhDIc7s

“Pemilik kenderaan yang merupakan wanita warga tempatan berusia 49 tahun itu dikesan kira-kira pukul 5 petang pada Sabtu setelah usaha mengesan dijalankan.

“Tindakan saman dikenakan atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik, telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, lorong motosikal merupakan laluan yang hanya dikhaskan kepada motosikal dan kenderaan seperti kereta tidak dibenarkan melaluinya.

“Tindakan sebegini sekali gus membahayakan pengguna lain dan boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Semalam, tular dalam media sosial video sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita melalui laluan motosikal di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) berhampiran Plaza Tol Ayer Panas di sini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sekumpulan ahli kelab kereta Honda Civic dicari polis untuk berikan keterangan setelah gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan tular. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Berhenti Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Rekod Keterangan Ahli Kelab Kereta

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Bahayakan Pengguna Lain, PBT Halau Orang Ramai Berhenti Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Sumber