Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang penumpang wanita bertindak memarahi pemandu bas wanita, gara-gara anaknya terhantuk kerana bas tersebut menekan brek kecemasan secara mengejut.

Menerusi rakaman tersebut, keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila penumpang wanita tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu bas yang sudah berusia itu. Walaupun ditenangkan oleh penumpang lain, wanita tersebut dilihat masih tidak berpuas hati kepada pemandu bas tersebut.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Wanita Maki Driver Bas

Katanya sebab driver bas brek mengejut anak dia terjatuh .Nak marah sekalipun jaga la bahasa,adap tu penting ,Driver tu pun dah pangkat mak kita ..video : obysaputra

Posted by Samad dan Said on Saturday, 21 December 2019

Tidak terlalu terikut dengan emosi, pemandu bas tersebut yang merupakan seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an itu dilihat tenang dan melakukan tugasannya sebaik mungkin.

Menurut pemandu bas tersebut, beliau terpaksa menekan brek kecemasan kerana mahu mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kereta. Walau bagaimanpun, tindakan yang dilakukan secara tidak sengaja itu menyebabkan anak kepada penumpang tersebut terhantuk.

Sumber: Amazing Nara

Walaupun telah dijelaskan sebabnya, penumpang tersebut masih tidak berhenti mengherdik pemandu bas itu dan menuduhnya sengaja berhenti secara tiba-tiba. Namun, pemandu bas awam tersebut dilihat bersungguh-sungguh meminta maaf kepada wanita terbabit tanpa sedikit pun membalas balik perbuatan penumpang itu.

Majoriti netizen tidak berpuas hati dengan sikap yang dipamerkan oleh penumpang wanita tersebut yang dianggap keterlaluan dan kurang ajar. Jika benar perkara tersebut berlaku seperti yang didakwanya, masih terdapat banyak cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah itu.

Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat menjadi iktibar buat semua untuk lebih bersikap toleransi antara satu sama lain. Jangan terlalu ikutkan emosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Terdahulu, pemandu bas Rapid KL ini menerima pujian ramai di atas sikapnya yang ramah dengan penumpang. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bukan Hanya Sekadar Gimik, Netizen Puji Keramahan Dan Peribadi Pemandu Bas Rapid KL Ini

Aksi Pemanduan Bahaya Myvi Biru Undang Kemarahan Netizen

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak

Anda Mungkin Suka