Pemandu tren LRT tanpa penumpang yang bertembung dengan tren yang mempunyai 213 penumpang, telah memandu ke arah yang salah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Menurut Kosmo, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ‘kecuaian hostler atau pemandu’ menjadi punca kejadian malam tadi yang mengakibatkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 penumpang lagi cedera ringan.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan Badan Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati bahawa pemandu tren nombor 40 gagal mengikuti arah yang betul.

vocket-pemandu-tersalah-bawa-kereta-api-2
Sumber Gambar: Facebook Datuk Seri Wee Ka Siong

Tren yang tidak membawa penumpang tersebut, pada mulanya dipandu secara automatik dari stesen Kampung Baru menuju ke stesen Dang Wangi. Namun disebabkan masalah teknikal, tren tersebut terpaksa dipandu secara manual.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu TR40 ke arah yang salah.

“TR40 ialah gerabak kosong yang tiada penumpang dan dikendalikan secara automated train operation (ATO) dari Gombak ke depoh Subang iaitu ke arah selatan.

“Ia bagaimanapun mengalami kegagalan dan berhenti ketika menghampiri stesen Kampung Baru. Pemandu telah dihubungi dan diarahkan memandunya secara manual untuk dibawa ke depoh,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Datuk Seri Wee Ka Siong berkata lagi, TR81 yang menerima maklumat bahawa TR40 telah beredar dari stesen Kampung Baru kemudiannya berlepas dari stesen KLCC ke stesen berkenaan sebelum dilaporkan bertembung dengan TR40 pada pukul 8.33 malam semalam. Ini merupakan kemalangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Orang ramai tidak berpuas hati apabila pihak Prasarana cuma beri RM1,000 kepada mangsa yang terlibat kemalangan semalam.

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000

Pengguna Bengang Terpaksa Bersesak Ekoran Kekerapan LRT Dikurangkan

Tular Isu Perlanggaran LRT, Peguam Ini Jelaskan Hak Sebagai Penumpang Yang Terlibat

Sumber