Seorang lelaki dipuji netizen apabila memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk membantu seorang rider penghantar makanan yang terbaring ditindih motosikal sendiri.

Dalam satu rakaman video dashcam yang dikongsikan akaun Facebook Mohd Syafiq, beliau ternampak ada sebuah motosikal tersadai di tepi jalan ketika sedang membelok masuk susur keluar lebuh raya.

Baca Juga:

Apabila beliau menghampiri motosikal itu, isterinya menegur terdapat seseorang tertindih di bawahnya. Beliau segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan membantu mengangkat motosikal yang menindih mangsa ketika itu.

Tidak lama kemudian itu datang sebuah lagi rider penghantar makanan datang ke tempat kejadian membantu pemandu dan mangsa terbabit.

“Ingatkan motor sahaja di tepi jalan, rupanya ada orang dekat bawah motosikal itu. Alhamdulilah abang GrabFood cedera ringan sahaja,” tulis pemandu itu dalam satu hantaran Facebook.

Netizen mengucapkan terima kasih buat kedua-dua pengguna jalan raya tersebut yang peka dan prihatin memberikan bantuan awal kepada rider yang terlibat kemalangan kecil itu.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Pada masa sama orang ramai mendoakan kesejahteraan buat mereka semua dan berharap mangsa dapat segera pulih seperti sedia kala.

Netizen turut berpesan kepada semua rider yang bertugas untuk sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan mengambil dan menghantar tempahan pelanggan.