Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang sedia maklum oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dimana para pemandu e-hailing termasuk Grab, MyCar dan sebagainya perlu mendapatkan lesen PSV khas untuk melayakkan diri menjadi pemandu.

Melalui syarat yang dikemukakan, para pemandu boleh mendapatkannya di pusat latihan memandu bemula 1 April ini. Para pemandu perlu mematuhi syarat modul latihan Lesen Vokasional (PSV) selama enam jam dengan yuran sebanyak RM200 untuk melayakkan diri sebagai pemandu e-hailing yang sah.

Kenyataan Media Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia PELAKSANAAN PERATURAN E-HAILINGJPJ Malaysia adalah ini…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Wednesday, 27 March 2019

Selain itu, keperluan lain seperti ketelusan cahaya bagi cermin kenderaan serta keperluan alat pemadam api di dalam kereta yang diberi penekanan melalui latihan ini. Difahamkan pengenalan peraturan ini dibuat untuk melahirkan pemandu e-hailing yang lebih berhemah serta memberi pengalaman e-hailing yang lebih selamat buat para pengguna.

Melihat kepada syarat yang ditetapkan, agak menarik untuk menyaksikan adakah langkah ini bakal disambut baik buat mereka yang melakukan e-hailing atau secara tidak langsung mengurangkan jumlah kenderaan yang menjalankan servis ini khususnya buat melakukannya secara separuh masa.

 

Anda Mungkin Suka