Sejak beberapa bulan sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan mengenai kewajipan untuk mendapatkan lesen PSV bagi mengesahkan sebagai pemandu e-hailing yang sah.

Langkah ini dibuat bagi memastikan para pemandu mengetahui undang-undang lanjut serta langkah keselamatan para penumpang sebelum menaiki kereta yang digunakan untuk e-hailing.

Usaha kerajaan ini dilihat kurang berjaya apabila direkodkan cuma 10% daripada para pengguna Grab mendaftarkan diri untuk lesen PSV setakat 9 Julai lalu. 

RideSharing_Compare-Malaysia-012
Sumber: Vulcanpost

Keenganan para pemandu untuk mendaftarkan diri lesen PSV bakal membolehkan mereka dikenakan hukuman saman sebanyak RM2,000 serta penjara tidak lebih daripada enam bulan jika disabit kesalahan.

Dari segi kos, difahamkan jumlah harga untuk mendaftarkan lesen PSV ini bakal menelan belanja sehingga RM800 dimana RM200 digunakan untuk ujian mendapatkan lesen, RM20 untuk pembaharuan lesen PSV manakala bakinya digunakan untuk insuran kenderaan PSV.