Sejak mulai pandemik COVID-19 mulai menyerang, dapat dilihat gaya kerja orang ramai mulai beralih kepada work from home. Perkara yang sama turut terjadi dalam industri sukan dimana sukan Formula E kini tidak lagi dilumba di atas trek perlumbaan sebaliknya dijalankan secara ‘Race at Home Challenge’ buat para pemandu profesional.

Di sebalik penganjuran acara yang membolehkan para pemandu memandu secara maya di rumah, siapa sangka terdapat pihak yang cuba menipu dengan menggantikan tempat mereka dengan pemandu e-sukan profesional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2020_05_daniel-abt-lorenz-hoerzing-formula-e-esports-disqualified-news-01

Perkara ini telah terjadi kepada pemandu Audi, Daniel Abt yang kantoi serta dibatalkan perlumbaan selepas disahkan menggunakan khidmat seorang remaja berusia 18 tahun iaitu Lorenz Hoerzing yang merupakan pemain e-sukan profesional.

Difahamkan pihak juri mula sangsi dengan kemahiran Daniel Abt yang berjaya muncul sebagai naib juara serta tempat ketiga menerusi pelumbaan secara maya. Sebagai rekod, Daniel Abt sebelum ini belum pernah berada dalam kelompok 15 pemandu terbaik perlumbaan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, di saat pemandu-pemandu lain diminta untuk menggunakan aplikasi Zoom bagi memaparkan muka serta perlumbaan yang dibuat, muka ‘pemandu’ Daniel Abt sebaliknya ditutup dengan aksesori gaming serta headphone yang dipakai agar tidak memaparkan wajah sebenar Lorenz Hoerzing.

race-at-home-monaco

Dalam usaha untuk mendapat kepastian, pihak Formula E memilih untuk menjalankan siasatan dan disahkan Daniel Abt cuba menipu dalam perlumbaan maya selepas membuat semakan melalui IP address.

Berdasarkan insiden yang berlaku, Daniel Abt telah memohon maaf kepada para peminat, pasukan serta para pemandu berikutan sikapnya yang mengambil mudah serta cuba menipu dalam memperoleh tempat yang lebih baik dalam perlumbaan. Anda boleh tonton di bawah bagaimana perlumbaan Formula E secara virtual race dijalankan.

https://www.youtube.com/watch?v=ra0ZwHI0kOY

Tular pada minggu lalu apabila seorang nenek berusia 90 tahun raih rekod streamer tertua dunia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Nenek Berusia 90 Tahun Ini Raih Rekod Dunia Guinness Sebagai ‘Streamer’ Tertua

Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’ Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan