Kementerian Pengangkutan kini telah mengharamkan semua jenis penggunaan lampu jenis High-Intesity Discharge (HID) pada kenderaan mereka kecuali yang mengikuti standard United Nation Regulations. Untuk pengetahuan anda, lampu HID menghasilkan cahaya putih yang lebih cerah iaitu sekitar dua atau tiga kali ganda melebihi cahaya daripada lampu halogen yang biasa diguna pakai.

Walaupun lampu HID ini membolehkan anda melihat dengan lebih baik, lebih jelas dan lebih jauh di jalan raya, namun ianya juga boleh menjadi punca kemalangan. Cahaya yang sangat terang boleh ‘membutakan’ pemandu dari arah yang bertentangan sehingga berpotensi mendatangkan bahaya bagi orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakkan lampu HID yang berada di pasaran tidak mengikuti kadar pancaran cahaya yang ditetapkan iaitu maksimum 4,300K. Jika lampu HID anda mengikuti undang-undang yang ditetapkan dalam United Nation Regulations, maka anda akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Bagi sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang ini akan didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan. Jadi jika anda salah seorang yang menggunakan lampu HID ini, anda haruslah menukar lampu anda sebelum anda dikenakan tindakan.