Orang ramai sedia maklum kawasan plaza tol merupakan salah satu tempat di mana pengguna jalan raya terpaksa berhadapan dengan 1001 situasi yang boleh mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini.

Seorang wanita tidak menyangka dia terpaksa berhadapan seorang pengguna jalan raya lain yang sanggup turun daripada keretanya semata-mata mahu mencetus provokasi di kawasan plaza tol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian tersebut bermula ketika pemandu wanita itu sedang memandu terus menuju ke lorong Touch ‘n Go. Lagi beberapa meter hendak sampai ke lorong tersebut, ada sebuah Toyota Hilux secara tiba-tiba memintas masuk di hadapannya.

@rukiacosplayer

Sorry I sound so angry I was not having it šŸ˜‚ I don’t usually sound like that #karen #dashcammalaysia #roadbully

ā™¬ Oh No – Kreepa

Tindakan mengejut pemandu Hilux itu menyebabkan wanita ini terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan membunyikan hon sebagai tanda teguran.

Bagaimanapun, pemandu Hilux itu kelihatan seperti ‘tidak dapat menerima kenyataan’ dengan segeranya dia berhenti dan keluar daripada kenderaannya semata-mata mahu berhadapan dengan pemandu yang hon kepadanya.

“ManaĀ signalĀ awak? Awak kena bagi signal di sini,” kata pemandu Hilux tersebut.

“Kenapa saya kena beriĀ signal? Ini laluan saya. Saya mahu pergi ke hadapan. Awak yang datang dari lorong lain, tiba-tiba sahaja memintas saya secara mengejut,” jawab wanita itu.

Pemandu Hilux masih tidak berpuas hati dan mengulangi kenyataan bahawa pemandu wanita itu perlu memberiĀ signalĀ sewaktu mahu bergerak terus di lorong tersebut.

“Saya mahu pergi terus ke hadapan. Kenapa saya kena beriĀ signal? Awak tak pernah belajar memandu kan?” tegas wanita itu selepas terus diprovok oleh pemandu Hilux tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @rukiacosplayer
Sumber Gambar: TikTok @rukiacosplayer
Sumber Gambar: TikTok @rukiacosplayer
Sumber Gambar: TikTok @rukiacosplayer
Sumber Gambar: TikTok @rukiacosplayer

Perkongsian video di TikTok @rukiacosplayer membuatkan orang ramai tertanya-tanya sejak bila pengguna jalan raya perlu memberikan lampuĀ signalĀ ketika mahu bergerak jalan terus.

Orang ramai turut menegaskan sepatutnya pemandu Hilux tersebut perlu lebih berhati-hati dan memberikan keutamaan kepada pengguna lorong yang dia hendak masuki.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat rakaman seorang lelaki mahu bergaduh dengan pengguna jalan raya lain selepas gagal potong barisan menerusi pautan di bawah.

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan

Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen

Sumber