Isu Honda dan ‘tidak bayar tol’ boleh dikatakan salah satu perkara wajib berlaku setiap tahun di negara ini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana seorang pemandu Honda Civic ‘cucuk’ belakang keretanya kerana mahu mengelak daripada membayar tol.

Pada awal video tersebut sebuah Honda Civic berwarna silver mengundur kereta untuk memberi laluan kepada wanita berkenaan. Sejurus kereta wanita mula bergerak keluar dari plaza tol, pemandu Honda itu segera memecut keretanya rapat dengan kereta hadapan untuk melalui tol secara ‘percuma’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@nhm0312/video/7152899854547701018?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Civic itu kerana menjadi penceroboh tol dengan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Pada masa sama netizen turut berasa sedikit geram terhadap pemandu kerana ‘tersalah langkah’, bergerak terlalu perlahan dan tidak berhenti selepas palang sehingga menyebabkan kereta Honda Civic itu dapat melalui tol tersebut secara percuma.

Ada juga netizen cuba ‘berprasangka baik’ dengan menyatakan mungkin pemandu Honda itu tertinggal kad Touch N Go atau kehabisan duit.

Bagaimanapun wanita tersebut menolak pandangan tersebut kerana menurutnya, dia langsung tidak nampak pemandu Honda itu membuka tingkap cuba mengeluarkan kad untuk membayar tol semasa kejadian itu berlaku.

Pada tahun lalu, ada pemandu Honda lebih ekstrem apabila dia nekad langgar palang untuk mengelak daripada dikenakan membayar tol.

Untuk makluman semua, individu yang melakukan pencerobohan tol dan mengelak daripada membayar tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian), yang akan mengenakan hukuman denda antara RM2,000 dan RM5,000 jika disabitkan kesalahan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.