Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada setiap tahun, pasti akan ada pengguna plaza tol akan berkongsi rakaman video dashcam di mana kereta dibelakangnya akan membuat perkara ‘pelik-pelik’ sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini seorang pengguna plaza tol berkongsi satu rakaman video di mana sebuah Honda City yang ada di belakangnya cuba membayar tol dengan SmartTAG semasa berada di lorong RFID.

Hantara video tersebut mencetus pelbagai persoalan yang ditimbul di kalangan netizen. Ada yang pelik bagaimana pemandu Honda City itu tidak perasan lorong tersebut khas untuk RFID sahaja, sedangkan papan tanda ada tertulis dengan besarnya.

Pada masa yang sama, netizen turut mendakwa pemandu Honda City itu sengaja gunakan SmartTAG tersebut sebagai ‘cover line’ supaya dia dapat menghimpit kenderaan di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

Sumber Gambar: Facebook YDLAA
Sumber Gambar: Facebook YDLAA
Sumber Gambar: Facebook YDLAA

Tambah orang ramai lagi, sepatutnya pemandu Honda City itu berada di lorong SmartTAG atau Touch ‘n Go sejak awal lagi supaya tidak mengganggu lalu lintas di kawasan plaza tol tersebut.

Namun jika dia gunakan SmartTAG sebagai ‘cover line’ untuk mengelak bayar tol, memang wajarlah pemandu tersebut dikecam ramai.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat lagi rakaman-rakaman kenderaan lain yang dirakam cuba menghimpit kenderaan hadapan mereka untuk mengelak membayar tol. 

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Didakwa Mahu Lalu Secara Percuma, Pemandu Honda Ini Nekad Rempuh Palang Tol

Wanita Ini Puas Dapat Halang Proton Waja Daripada Redah Tol Secara Percuma