Semalam berlaku aksi kejar-mengejar kereta dipandu lelaki yang memandu dalam keadaan berbogel selama lebih satu jam sebelum ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Batu 18.

Kejadian tersebut telah terakam pada dashcam salah seorang pengguna jalan raya. Video tersebut menunjukkan sebuah kereta Honda City berwarna biru telah menyelit diantara kenderaan lain yang sedang menunggu lampu isyarat merah lalu merempuh seorang wanita yang menaiki motosikal sehingga cedera parah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/yasminazm/status/1415567120792907786?s=20

Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut telah melanggar 12 lampu isyarat, tiga sekatan jalan raya dan tiga kenderaan awam. Beliau yang berusia 45 tahun dikatakan memecut kenderaannya menghala ke bandar Kuala Terengganu sebaik menyedari kenderaannya dikejar kereta peronda.

Dalam satu ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, mangsa mengalami beberapa kecederaan pada tubuh badan sehingga memerlukan bantuan pernafasan oksigen kerana sukar bernafas.

Di dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu menunjukkan anggota polis mengejar sebuah kereta Honda City dan berjaya menahan pemandu tersebut tidak jauh dari lokasi kejadian.

Manakala mangsa yang berusia 46 tahun pula dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu. Semakan rekod mendapati lelaki terbabit menghidap masalah sakit mental iaitu Schizophrenia.

“Ujian air kencing, darah dan ujian saringan Covid-19 turut dilakukan dan keputusannya negatif Covid-19,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

Dalam satu kisah lain, seorang penunggang motosikal nyaris dilanggar sebuah Myvi yang secara tiba-tiba membuat potongan tajam untuk masuk simpang.

Myvi Salah Jalan, Buat ‘Potongan Tajam’ Hingga Nyaris Langgar Motosikal

Gara-Gara Lori Mahu Elak Sekatan Polis, Jambatan ‘Laluan Tikus’ Runtuh