Walaupun kita memandu dengan cukup berhati-hati serta perlahan di kawasan perumahan, kadang-kala ada pihak lain yang akan menyebabkan tidak mengendahkan keselamatan sehingga berlakunya kemalangan.

Baru-baru ini terdapat seorang pemandu tidak menyangka perjalanannya pada waktu malam bakal ditimpa musibah apabila secara tidak sengaja dia terlanggar seorang remaja lelaki cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke tengah jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari rakaman video dashcam yang dikongsikan oleh pemandu tersebut, kejadian itu berlaku sekitar pukul 8.45 malam. Tambah pemandu lelaki itu lagi, kemalangan tersebut terjadi di satu kawasan perumahan sekitar Kota Masai, Johor.

Menurut pemandu itu, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan dia akan membuat tuntutan insuran untuk membaiki bahagian lampu serta bumper hadapan yang rosak, manakala remaja itu dikatakan mengalami patah tulang setelah berlaku perlanggaran di antara mereka berdua.

Tambah pemandu itu lagi, van yang berada pada bahagian lorong kiri tidak membunyikan hon semasa remaja tersebut cuba melintas jalan raya. Andaikata pemandu van membunyikan hon, ada kemungkinan besar remaja itu tidak terus meluru untuk mengambil bola tersebut.

Sebuah Myvi nyaris terlanggar motosikal yang tiba-tiba mengambil selekoh dihadapannya untuk masuk ke stesen minyak berhampiran. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tidak Sabar Dan Nyaris Berlanggar, Penunggang Motosikal Selamba Ambil ‘Corner’ Di Hadapan Myvi

Nyaris Digilis Semasa Isi Angin Tayar, Kecuaian Pemandu Lori Treler Ini Buat Netizen Berang

Proton Saga Halang Laluan Lori, Pekerja Kilang Terpaksa Ubah Guna ‘Forklift’

Sumber