Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi hampir satu minit di mana sebuah kereta Proton Persona menyelamatkan seorang wanita dari terus menjadi mangsa rempuhan seorang lelaki dengan motosikal.

Rakaman video itu bermula dengan situasi cemas apabila seorang wanita sedang bertengkar dengan seorang penunggang motosikal sebelum lelaki tersebut merempuh wanita terbabit.

Tidak lama selepas itu, beberapa anggota RELA bergegas berlari ke tempat kejadian dan lelaki terbabit cuba melarikan diri. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Persona datang menghalang motosikal tersebut dan anggota RELA berjaya menangkap lelaki tersebut.

https://www.instagram.com/p/CK1HA3ilNX4/?igshid=b188sjhaj9qu

vocket-abang-persona
Sumber Gambar: Facebook

Setelah lelaki itu berjaya ditangkap, pemandu kereta Proton Persona berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian. Menurut pemandu tersebut, dia turut membawa bapa mentua semasa kejadian itu berlaku, jika tidak dia sudah berhentikan kereta dan membantu anggota RELA.

Ramai netizen memuji pemandu Proton Persona dan anggota RELA kerana membantu menyelamatkan wanita dari terus menjadi mangsa keganasan.

vocket-persona-selamatkan-wanita-mangsa-rempuhan-motosikal-1

vocket-persona-selamatkan-wanita-mangsa-rempuhan-motosikal-3

vocket-persona-selamatkan-wanita-mangsa-rempuhan-motosikal-4

Bagaimana kesudahan lelaki yang ditahan oleh anggota RELA tersebut? Jika anda baca komen yang dikongsikan oleh pemandu kereta Proton Persona tersebut, kami pasti anda ‘frust’ kerana ending kejadian tersebut tidak seperti anda bayangkan.

vocket-persona-selamatkan-wanita-mangsa-rempuhan-motosikal
Sumber Gambar: Facebook

Menurut pemandu kereta persona tersebut, lelaki dan wanita terbabit meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku setelah ditanya oleh pihak polis yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar

Terima Gaji RM5,500 Sebulan, Pemuda Ini Mahu Berhenti Kerja Hanya Kerana Tidak Gembira