Sebuah Myvi tular apabila kereta tersebut terbabas di kawasan tanah perkuburan sehingga mencetus persoalan orang ramai. Pelbagai dakwaan dikeluarkan oleh pelbagai pengguna media sosial.

Terbaharu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan anak kepada pemandu Myvi terbabit menyatakan ibunya kurang sihat semasa kejadian tersebut berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut lelaki tersebut, ibunya dalam keadaan hipoglisemia (kurang gula dalam darah) kerana mengidap penyakit kencing manis, pada masa sama wanita itu turut berpuasa pada hari ini.

“Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin membuat pusingan-U.

“Saya berharap agar tiada pihak yangg salah sangka terhadap kejadian ini. Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan bersedih kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19,” terang Syafiq.

Sementara dia sekeluarga berusaha untuk memulihkan semula semangat ibunya, Syafiq memohon jasa baik orang ramai untuk berhenti menularkan insiden ini agar tiada lagi salah faham yang timbul di kalangan masyarakat.

Tambah Syafiq lagi, dia memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang telah rosak dan dia bertanggungjawab sepenuhnya atas segala semua kerosakkan serta akan baik pulih semula kubur seperti keadaan asal.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebuah Nissan 180SX dibakar sehingga rentung selepas hilang dicuri. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dicuri Dan Dibakar Sehingga Rentung, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Nissan 180SX Ini

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri

Sumber