Pada petang semalam tular insiden kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori pasir merempuh beberapa buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata,  hasil siasatan awal kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.40 petang semalam mendapati pemandu lori berusia 25 tahun tersebut positif dadah.

“Siasatan awal dilakukan mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat,” terang Sarifudin Mohd Salleh.

“Pemandu sebuah daripada Perodua Myvi berkenaan yang berusia 45 tahun hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pemandu empat kenderaan lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka sudah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu lori itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.

Pada petang semalam tular rakaman dashcam menunjukkan sebuah lori pasir gagal mengawal kenderaan lalu merempuh beberapa kenderaan lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh Myvi Hingga Remuk Teruk

Orang Ramai Cemas Lihat Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Nyaris Langgar Polis Di Selekoh

Anda Mungkin Suka