Pada petang semalam, satu rakaman dashcam daripada seorang penunggang motosikal tular dan menjadi perbualan orang ramai apabila lelaki tersebut bernasib baik sempat menghentikan motosikalnya daripada melanggar sebuah lori secara tiba-tiba terbabas di hadapannya.

Video yang berdurasi hampir 3 minit itu telah meraih lebih puluhan ribu tontonan dan ribuan komen daripada seluruh pengguna media sosial. Ternyata orang ramai berasa seram sejuk melihat insiden terbabit yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan Kosmo, lori tersebut dalam perjalanan ke Subang dan pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.

“Ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol.

Tambah beliau lagi, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan trafik pula, kes ini disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

Pada awal bulan September lalu, seorang pemandu Myvi nyaris maut apabila keretanya dirempuh oleh pemandu lori pasir yang positif dadah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemandu Lori Pasir Punca Kemalangan Ngeri Didapati Positif Dadah

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh Myvi Hingga Remuk Teruk

Pemandu Myvi Kongsikan Keadaan Terkini Selepas Terselamat Daripada Kemalangan Ngeri

Sumber