Seorang pemandu lori yang tular kerana lagak samsengnya dalam sebuah rakaman video didapati positif dadah.

Beliau dirakam bertindak kasar terhadap seorang pemandu lain sebelum ditahan di satu sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur di sini pada Jumaat lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.

“Kita telah menjalankan SJR itu pada jam 10 pagi, sejam kemudian seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang melalui sekatan itu mendakwa pemandu lori berkenaan disyaki telah mengganggu dan berselisih faham dengannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad kepada Awani.

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1507535626799050753?s=21

Anbalagan berkata, pemandu lori itu telah diarahkan untuk berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. Dapat dilihat pemandu berkenaan tidak mahu berhenti dan cuba meneruskan perjalanan.

Saringan alkohol turut dibuat namun pemandu terbabit tidak mabuk ketika kejadian. Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis memohon pemandu Perodua Axia untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. “Kita juga memohon pemilik ‘dashcam’ yang merakam kejadian untuk tampil membantu untuk memberi keterangan,” katanya.

Sebelum ini seorang netizen berkongsi cerita seorang remaja disaman di kedai makan oleh polis. Ini jawapan daripada pihak polis.

Skuad 42 Diizinkan Untuk Tangkap Dan Saman Pesalah Di Mana-Mana Sahaja

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan

Sumber