Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat seolah hampir setiap hari pasti ada sahaja kes melibatkan pemandu yang memandu yang dalam keadaan mabuk serta melanggar orang ramai.

Pada kali ini, sebuah lagi kes terjadi dengan keadaan yang lebih melampau dimana pemandu mabuk ini telah melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara sekitar jam 1.30 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden ini telah membuatkan penunggang motosikal yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghantar makanan yang dijual isterinya maut di tempat kejadian selepas dilanggar membuatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan.

Lebih parah, pemandu mabuk ini dirakamkan telah menyeret motosikal mangsa sekitar 2 hingga 3 kilometer dari lokasi kejadian. Insiden yang dirakamkan ini turut memaparkan pemandu mabuk ini turut menunjukkan insyarat good seolah tidak bersalah sekaligus mengundang kecaman daripada netizen.

Pemandu mabuk ini dilaporkan memberhentikan kenderaan di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa setelah ditahan orang awam. Suspek kemudiannya telah dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dimana keputusan ujian mendapati kandungan positif alkohol melalui pernafasan lelaki berkenaan.

101283405_2575563289211376_45215109294850048_n
Sumber: Motorsports Malaysia

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen turut berharap hukuman buat pemandu mabuk yang memandu ditingkatkan dalam memberi keadilan buat mangsa serta mengelakkan daripada isu seperti ini berlaku lagi di masa akan datang.

Telatah lelaki ini yang ditegur polis ketika sedang bergambar telah membuatkan para netizen terhibur. Turut dikongsikan, pemuda ini dikecam selepas mengiklankan Yamaha RX-Z dengan harga mencecah RM70,000.

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Sumber