Memandu sambil membuka tingkap atau bumbung kereta untuk mengambil ‘angin malam’ sangat menyeronokkan kerana nyaman dan selesa berbanding berbuat perkara yang sama ketika waktu siang.

Namun tidak bagi seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mengalami kecederaan setelah sebuah kereta tidak dikenali telah mencampakkan mercun ke dalam kereta semasa dia sedang berhenti di lampu isyarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kejadian tersebut, Collin Kirby dan rakan-rakannya mahu pulang setelah selesai menonton acara bunga api pada 4 Julai sempena perayaan pusat bandar Nashville yang disambut setiap tahun.

“Mereka membuka tingkap belakang, melemparkan mercun ke arah saya. Kemudian mercun tersebut melantun ke atas dan jatuh di atas saya lalu meletup,” kata mangsa kejadian.

Kereta putih tersebut segera membelok ke kiri melanggar lampu merah untuk melarikan diri sebelum mercun yang dibaling ke dalam kereta mangsa sempat meletup.

Rakaman tersebut terakam melalui dashcam yang ada pada sebuah kereta milik rakan Collin yang juga dalam perjalanan pulang semasa kejadian tersebut berlaku.

vocket-pemandu-cedera-baling-mercun-1
Sumber Gambar: Facebook Now This
vocket-pemandu-cedera-baling-mercun-2
Sumber Gambar: Facebook Now This

Kesan daripada kejadian tersebut, Collin melecur pada beberapa bahagian tubuh badan, hilang pendengaran dan kereta model BMW Z4 turut mengalami kerosakkan.

Menurut laporan News4, pegawai yang bertugas Mickey French menyatakan soalan penting, siapakah yang melakukan perkara tersebut. Dan pihak berkuasa sedang menjejaki kereta putih terbabit.

“Adakah itu mercun atau adakah alat letupan haram? Jika benda tersebut adalah alat letupan, mereka bakal dituduh oleh mahkamah persekutuan,” terang Mickey.

Tambah beliau lagi, kejadian tersebut boleh menjadi lebih buruk sekiranya mangsa melanggar lampu merah dan boleh menyebabkan kemalangan trafik yang lebih serius.

Perbuatan jahat sekumpulan penduduk telah menyebabkan lembu ini kehilangan rahang mulut. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Sampai Hancur Rahang, Lembu Hamil Diberi Makan Tepung Gandum Berisi Mercun

Polis Kelantan Nafi Dakwaan Kereta Meletup Di Kota Bharu Disebabkan Serangan Dron

Sumber