Kebelakangan ini, orang ramai semakin sukar untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing gara-gara peraturan baru yang telah dilaksanakan.
Oleh itu, Kita boleh faham jika sesetengah penumpang kecewa atau marah apabila pemandu e-hailing ini tidak mengikuti arahan asas seperti yang diminta.
Seperti perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini apabila beliau menerima layanan buruk daripada seorang pemandu e-hailing gara-gara tambang yang dikenakan sangat murah.
was definitely an unpleasant ride. he sent us back to our initial destination and rudely said ‘ get out la ‘ to us. we didn’t even said anything harsh to him. pic.twitter.com/Gv8Z8MSF0w
— b (@CGigibesi) December 15, 2019
Menurut perkongsian @CGigibesi, beliau sebagai pelanggan sepatutnya menunggu di tempat pickup yang telah ditetapkan di dalam aplikasi MyCar tersebut tetapi pemandu yang ditugaskan untuk mengambil beliau pula tunggu di satu tempat yang berbeza.
Disebabkan itu, beliau terpaksa meredah hujan lebat untuk sampai ke tempat kereta tersebut menunggu. Apabila ditanya mengapa tidak menjemput beliau di tempat yang ditetapkan, pemandu itu dengan biadab membalas mengatakan bahawa tambang yang dikenakan hanyalah RM6.
Lebih memburukan keadaan lagi ialah apabila pemandu tersebut sanggup patah balik perjalanan ke tempat pickup dan menghalau gadis itu turun dari keretanya gara-gara tambang yang dikenakan begitu murah.
Menerusi video tersebut juga, pemandu tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada gadis itu serta memarahi penumpangnya itu.
Seperti yang kita sedia maklum, untuk menggunakan khidmat e-hailing, pengguna perlu membuat tempahan melalui aplikasi dan dari ia akan menetapkan harga tambang untuk ke sesuatu lokasi.
Perkongsian yang menjadi tular di laman Twitter itu telah mengundang rasa marah netizen yang turut mengecam dan berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama.
Same sis! I pon pernah dapat mycar biadap nak mampos! Dah la kuranghajar, charge i lebih siap tengking tengking lagi. Hes old but ride af i bengang je dengan driver @mycarmalaysia report him straight away sis kalau tak dia akan buat dekat orang lain jugak
— fenchfies (@fiqarazi) December 16, 2019
Jadi jugak macam ni semalam. Driver call dah sampai but tapi dia tunggu tempat lain. Then bila cakap I boleh pergi dekat kereta dia,dia cakap okay and half way there,he cancel my order! Dah la tengah hujan….jalan dalam hujan pastu kena cancel……..
— 🍀 (@thisissolyyyyyd) December 16, 2019
Ada jugak sekali tu naik dengan mycar. Bila dah order dia call suruh tunggu jap dia nak isi minyak so kitaorang tunggu. Elok kereta dia masuk dekat tempat kitaorang & kitaorang baru berjalan nak ke kereta dia, terus dia call & tempik & he said : ‘yg awk dok berkhayal apa lagi!’
— عَقِيْلَةْ (@Aqielah_Aziz) December 16, 2019
Perkongsian gadis itu juga mendapat respon daripada pihak syarikat MyCar sendiri dan meminta maklumat lengkap daripada gadis tersebut untuk siasatan lanjut.
Greetings from MyCar,
Sorry for the inconvenience caused. Can you give me the booking details to check further on this issue ?
— MyCar (@Official_MyCar) December 16, 2019
Dikepilkan beberapa artikel berkenaan e-hailing yang mungkin menarik minat anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Pemandu ‘e-Hailing’ Tanpa Lesen PSV Bakal Dikenakan Saman Dan Hukuman Penjara
MakCik Travels, Servis E-Hailing Dengan Bantuan Pengiring Buat Warga Emas
- SUMBER
- Twitter @CGigibesi