Kebelakangan ini, orang ramai semakin sukar untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing gara-gara peraturan baru yang telah dilaksanakan.

Oleh itu, Kita boleh faham jika sesetengah penumpang kecewa atau marah apabila pemandu e-hailing ini tidak mengikuti arahan asas seperti yang diminta.

Seperti perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini apabila beliau menerima layanan buruk daripada seorang pemandu e-hailing gara-gara tambang yang dikenakan sangat murah.

Menurut perkongsian @CGigibesi, beliau sebagai pelanggan sepatutnya menunggu di tempat pickup yang telah ditetapkan di dalam aplikasi MyCar tersebut tetapi pemandu yang ditugaskan untuk mengambil beliau pula tunggu di satu tempat yang berbeza.

Disebabkan itu, beliau terpaksa meredah hujan lebat untuk sampai ke tempat kereta tersebut menunggu. Apabila ditanya mengapa tidak menjemput beliau di tempat yang ditetapkan, pemandu itu dengan biadab membalas mengatakan bahawa tambang yang dikenakan hanyalah RM6.

Lebih memburukan keadaan lagi ialah apabila pemandu tersebut sanggup patah balik perjalanan ke tempat pickup dan menghalau gadis itu turun dari keretanya gara-gara tambang yang dikenakan begitu murah.

Menerusi video tersebut juga, pemandu tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat kepada gadis itu serta memarahi penumpangnya itu.

Seperti yang kita sedia maklum, untuk menggunakan khidmat e-hailing, pengguna perlu membuat tempahan melalui aplikasi dan dari ia akan menetapkan harga tambang untuk ke sesuatu lokasi.

Perkongsian yang menjadi tular di laman Twitter itu telah mengundang rasa marah netizen yang turut mengecam dan berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama.

https://twitter.com/fiqarazi/status/1206452646791434241

https://twitter.com/thisissolyyyyyd/status/1206429280583835650

https://twitter.com/Aqielah_Aziz/status/1206519784029868032

Perkongsian gadis itu juga mendapat respon daripada pihak syarikat MyCar sendiri dan meminta maklumat lengkap daripada gadis tersebut untuk siasatan lanjut.

Dikepilkan beberapa artikel berkenaan e-hailing yang mungkin menarik minat anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pemandu ‘e-Hailing’ Tanpa Lesen PSV Bakal Dikenakan Saman Dan Hukuman Penjara

MakCik Travels, Servis E-Hailing Dengan Bantuan Pengiring Buat Warga Emas

Tambang E-Hailing Dijangka Meningkat Bermula 12 Julai Ini