Kemalangan tragis yang meragut lima nyawa warga Thailand ini sememangnya menyayat hati lebih-lebih lagi buat warga Malaysia dan Thailand. Semuanya bermula apabila pemandu Myvi yang memandu di Songkhla gagal mengawal kereta yang dipandu sekaligus hilang kawalan lalu merempuh lima warga Thailand yang sedang berehat seusai mesin rumput di tepi jalan.

Berdasarkan siasatan, pemandu berusia 30 tahun ini dilaporkan telah dikenakan denda berikutan memandu secara cuai yang secara tidak langsung berlakunya kemalangan meragut nyawa. Dari segi denda, pihak polis di Thailand bersetuju untuk mengurangkan denda ikat jamin daripada 500,000 baht (RM68,000) kepada 200,000 baht(RM27,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
67709148_2387756214679312_4083236600991973376_o
Sumber: Facebook Saharat Nuantong

Pemandu turut dikenakan denda sebanyak 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen manakala kereta Perodua Myvi yang dipandu tidak dilindungi oleh insuran. Pemandu tersebut bakal dikenakan hukuman penjara dan denda jika disabit kesalahan.

Selain denda yang dikenakan, pihak pemandu perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak 50,000 baht (RM6,764) buat sebuah keluarga dimana jumlah pampasan yang dikenakan adalah 250,000 baht (RM33,823) buat lima keluarga.

68913746_2387014674753466_1575361976601673728_o
Sumber: Facebook Saharat Nuantong

Setakat ini, pihak pemandu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai denda yang dikenakan. Walau bagaimanapun, passport mereka telah dipegang oleh pihak polis Thailand sehingga denda ikat jamin dibayar.

Kes ini turut mendapat perhatian duta besar Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel dimana mereka akan menawarkan bantuan yang sebaiknya jika diperlukan. Berikut kami kongsikan kisah kemalangan yang berlaku ini dari pihak adik pemandu. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.