Pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kemalangan maut di Johor baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dan turut didenda sebanyak RM8,000 oleh mahkamah hari ini.

Selain daripada dijatuhkan hukuman penjara, wanita berusia 23 tahun itu juga difahamkan didenda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Johor Bahru hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertuduhan yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda itu bagaimanapun masih belum dikongsikan oleh laporan seperti yang terbit di akaun Bernama Radio sebentar tadi.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro awal hari ini, wanita berusia 23 tahun itu difahamkan didakwa atas beberapa pertuduhan antaranya Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Beliau sebelum ini mengakibatkan kemalangan maut antara kereta yang dipandunya bersama Honda Accord dan Proton Iswara di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi pada hujung minggu lalu.

Kemalangan itu mula mencuri perhatian netizen sebelum ini selepas rempuhan berkelajuan tinggi itu berjaya dirakam kamera dashcam salah sebuah kereta yang berada dari arah bertentangan.

Siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap pemandu Myvi itu kemudiannya mendapati beliau tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh.

Ujian air kencing yang dilakukannya ketika itu juga menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain positif dadah.

Baca kembali perkongsian kami sebelum ini mengenai kemalangan maut itu menerusi pautan di bawah. 

Terakam Di Kamera ‘Dashboard’, Myvi Putih Terbang Selepas Langgar Kereta Menunggu Lampu Isyarat

Sumber