Seorang pengguna jalan raya, Azrai Zulkefeli tidak menyangka dapat melihat sebuah lori treler ‘mengacah’ Perodua Myvi yang mahu menggunakan laluan kecemasan. Kejadian itu berlaku semasa dia dalam perjalanannya dari Kulai ke Johor Bahru.

Insiden yang dirakam oleh dashcam Azrai Zulkefeli itu bermula dengan Myvi berwarna merah memotongnya menggunakan lorong kecemasan. Apabila kereta tersebut mahu ‘mencelah’ bersebelahan dengan lori treler, pemandu lori dilihat seakan ‘mengacah’ menghimpit mahu menghalangnya daripada menggunakan lorong kecemasan itu.

Myvi itu segera menghimpit ke penghadang tepi jalan kerana takut berlanggar dengan lori tersebut. Namun, mungkin disebabkan pemandu Myvi itu ‘terkejut berlebihan’, kereta berwarna merah itu melanggar bahagian ekor lori dan melanggar penghadang tepi jalan sekali lagi.

Hantaran video itu telah mendapat perhatian warganet yang melihat Myvi itu yang kelam-kabut apabila lori treler menghampiri seperti mahu menghimpitnya.

Pada masa sama, netizen juga memuji pemandu lori treler itu kerana dapat ‘menghalang’ sebuah kenderaan yang tidak bertanggungjawab mahu memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Pada akhir rakaman dashcam itu, Myvi merah terbabit segera masuk semula ke lorong kiri dan mengikut rapat di belakang lori treler yang ‘mengacahnya’.

Semoga orang ramai mengambil iktibar dan menjadi pengguna jalan raya yang lebih bertanggungjawab dengan tidak menggunakan lorong kecemasan andaikata tidak mempunyai hal-hal kecemasan tidak kira sewaktu trafik sesak ataupun tidak.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Tonton insiden Proton X50 terbalik selepas kelam-kabut menyelit di antara kenderaan lain semasa trafik sesak melalui pautan di bawah.

Kelam-Kabut ‘Menyelit’ Semasa Trafik Sesak, Proton X50 Terbalik Selepas Langgar Belakang Ativa

Malaysia Tersenarai Antara Negara Dengan Jalan Raya Paling Berbahaya Untuk Memandu

Pemandu Mempunyai Masalah Pendengaran Jadi Punca Honda CR-V Halang Laluan Ambulans

Sumber