Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Isu ambulans diekori oleh kenderaan lain semasa kecemasan bukan hanya melibatkan kenderaan ‘mampu milik’, bahkan pemandu kereta mewah juga ada membuat perkara yang sama.

Terbaharu, sebuah kereta Porsche Taycan baru berwarna merah jambu telah dirakam mengekori rapat sebuah ambulans yang sedang cuba melepasi trafik.

Pemandu kereta elektrik mewah itu dilihat mengekori ambulans untuk beberapa saat sebelum pemandu tersebut memotong ambulans pada bahagian lorong kanan jalan.

Tindakan pemandu tersebut telah menyebabkan pihak ambulans membuat pengumuman — “Kereta mahal, jangan ikut belakang ambulans.”

Rakaman video itu telah menyebabkan orang ramai menyelar tindakan pemandu Porsche Taycan tersebut dan menyatakan gaya pemanduannya tidak setanding dengan nilai kereta elektrik mewah itu.

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-1

Sumber Gambar: TikTok Hikumi_85

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-2

Sumber Gambar: TikTok Hikumi_85

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-3

Sumber Gambar: TikTok Hikumi_85

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-7

Sumber Gambar: Instagram Vocketcarclub

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-8

Sumber Gambar: Instagram Vocketcarclub

vocket-porsche-taycan-ekori-ambulans-9

Sumber Gambar: Instagram Vocketcarclub

Ini bukanlah kejadian pertama yang terjadi kepada ambulans ini, sebelum ini ada sebuah Toyota Hilux cuba mengekorinya tetapi sempat ditahan oleh kereta peronda polis yang kebetulan ada di tempat kejadian.

Tidak kira apapun kenderaan kita bawa, janganlah kita cuba mengekori atau lebih buruk lagi ‘menyukarkan’ perjalanan ambulans yang sedang bergegas ke sesuatu lokasi untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Baca lagi artikel-artikel minggu ini yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China

Pemandu GT-R Tiada Insurans, ‘Lari’ Tinggalkan Kereta Selepas Kemalangan

Anda Mungkin Suka