Insiden segelintir pengguna jalan raya enggan membayar tol dengan menghimpit kenderaan hadapan atau melanggar palang tol sering kali kelihatan, lebih-lebih lagi semakin ramai mengguna dashcam pada kenderaan masing-masing. Bahkan ada yang sanggup melanggar kereta pelumba rally dan gymkhana negara gara-gara cuba melarikan diri daripada membayar tol.

Baru-baru ini pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) telah melakukan operasi mengesan penceroboh tol secara kerap. Hasilnya ada beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH pada malam tadi.

Baca Juga:

Salah sebuah kenderaan yang ditahan pada malam semalam adalah Proton X50 berwarna merah. Pemandu kereta tersebut pada waktu itu diminta menjelaskan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama.

PROLINTAS turut memberikan amaran bahawa pihaknya akan terus giat menjalankan operasi mengesan ‘penceroboh tol’ melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.