Proton X50 merupakan model kereta SUV kedua keluaran Proton yang menjadi buah mulut orang ramai. Aspek keselamatan juga dititikberatkan apabila ASEAN NCAP telah mengesahkan Proton X50 berjaya mencapai penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang pada September tahun lalu.

Perkara ini terbukti apabila seorang pengguna lebuh raya merakam keadaan sebuah Proton X50 hancur remuk pada bahagian hadapan dan belakang kereta akibat terlanggar rim dan tayar lori yang tertinggal di atas jalan raya.

Menurut pemilik asal hantaran Facebook ini, dia dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk membuat beberapa tugasan di sana. Semasa dia memandu, terdapat sebuah kereta Proton X50 telah berpusing 4-5 kali sebelum kereta tersebut terseret sejauh 100 meter.

Walaupun kereta hancur remuk pada bahagian hadapan dan belakang, kelihatan dalam video tersebut pemandu tidak mengalami kecederaan yang serius. Lihat reaksi-reaksi pengguna Facebook yang berasa kagum dengan ciri keselamatan yang ada pada Proton X50.

vocket-x50-ncap-5-bintang-1

vocket-x50-ncap-5-bintang-2

vocket-x50-ncap-5-bintang-3

vocket-x50-ncap-5-bintang-keselamatan

Syabas Proton kerana membuat sebuah kereta SUV yang memang layak menerima penarafan 5-bintang dari NCAP. Kami doakan semoga mangsa kemalangan agar segera pulih sihat seperti sediakala.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini.

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Miliki Kereta BMW Pada Usia 18 Tahun, Rupanya Beli Guna Wang Edar Dadah

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?