Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kereta Lamborghini Urus merupakan model Super SUV yang menjadi dambaan orang ramai kerana saiznya yang boleh membawa lebih daripada dua orang penumpang tetapi masih mengekalkan prestasi tinggi yang sama seperti model Lamborghini lain.

Semalam, sebuah Lamborghini Urus musnah 100% setelah terlibat dalam satu kemalangan di KM 178.1 LPT arah Kuantan Maran. Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran kereta tersebut sehingga kebakaran dapat dipadamkan. Namun kereta SUV itu gagal diselamatkan dan musnah sepenuhnya.

Terdapat dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak semasa kejadian tersebut berlaku. Mereka semua berjaya keluar daripada SUV yang telah terbalik dengan selamat tanpa mengalami kecederaan yang serius.

Menurut mangsa, sebelum kemalangan tersebut berlaku hujan sudah pun rintik-rintik ketika mereka sedang melalui lebuh raya tersebut. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat secara mengejut dan pemandangan jalan bertukar menjadi kabur yang sangat teruk.

Secara tiba-tiba kereta SUV mangsa terbabas berpusing, terbalik lalu terbakar akibat geseran di atas jalan raya tersebut. Mangsa dan keluarga tidak mengalami kecederaan serius semasa kereta dalam keadaan terbalik kerana sistem safety airbag telah berfungsi dengan baik.

Kesemua mangsa segera meninggalkan kereta sebelum api mula membakar kereta itu sehingga rentung. Difahamkan mangsa baru saja memiliki SUV Lamborghini Urus tersebut pada awal bulan April baru-baru ini.

Walaupun dunia masih dilanda pandemik, syarikat daripada Itali ini berjaya meraih keuntungan dengan jualan sebanyak 59% model Lamborghini Urus di pasaran China.

Keuntungan Lamborghini Meningkat Selepas Model Urus Laris Di China

Keadaan Sebuah Lamborghini ‘Parking’ Atas Pembahagi Jalan Jadi Perbincangan Netizen

Sergio Aguero Akui Menyesal Beli Lamborghini Aventador Bernilai RM1.98 Juta