Satu rusuhan tercetus di Jakarta sebagai tanda protes pemandu teksi terhadap servis teksi online Uber dan Grab.

Tunjuk perasaan yang bermula secara aman bertugas ganas apabila ribuan pemandu teksi menuju ke jalan raya dan menyerang pemandu teksi lain yang tidak menyertai demonstrasi mereka itu. Pemandu teksi dari syarikat Blue Bird Group antara yang paling ramai membuat kekecohan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

uber

Rasa tidak puas hati terhadap aplikasi popular ini dan juga aplikasi tempatan, Gojek yang memberi servis yang sama kian memuncak apabila pemandu teksi biasa menuduh aplikasi online ini mengacau periuk nasi mereka. Tambahan lagi, menurut pembawa teksi, pemandu Uber dan Grab tidak dikenakan cas dan peraturan yang biasanya dikenakan terhadap pemandu teksi.

Twitter Uber dan Grab Indonesia mengeluarkan kenyataan kepada pemandunya supaya mengelak beroperasi di kawasan ‘panas’ demi menjaga keselamatan pemandu Uber dan Grab.

uber 2

November lalu, Indonesia mengumumkan melarang penggunaan servis teksi online di negara itu. Tetapi larangan itu telah ditarik balik oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam tempoh kurang 24 jam larangan itu dibuat. Jadi apa kata anda? Perlukah Indonesia melarang penggunaan aplikasi teksi online ini?

ubera