Seorang penunggang teksi motosikal di Thailand mengaku telah mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelancong Malaysia. Alasan beliau berbuat demikian adalah kerana dia memerlukan wang untuk membaiki mesin basuh yang sudah rosak.

Lelaki berusia 52 tahun itu mengenakan bayaran 500 baht (RM61.90) kepada pelancong Malaysia selepas mendapati mereka sesat hanya 2km dari destinasi mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Thaiger, Majlis Perbandaran Hat Yai Suppawit Maneechot telah menerima laporan berhubung penunggang teksi motosikal itu.

Semuanya bermula apabila kereta milik pelancong Malaysia itu telah dikunci tayarnya. Pelancong itu kemudiannya mahu ke balai polis berhampiran untuk membayar denda supaya kenderaan itu dibukakan kuncinya.

Pelancong itu kemudiannya memberi isyarat kepada pemandu teksi motosikal Thailand, yang mengenakan mereka 500 baht (RM61.90) untuk perjalanan sejauh 2km, yang sepatutnya hanya berharga 100 baht (RM12.38).

Penunggang itu pada mulanya menafikan dakwaan pelancong Malaysia tersebut, tetapi akhirnya mengaku bersalah, menyebabkan dia menghadapi tuduhan kenyataan palsu.

Dia turut berkongsi bahawa pelancong Malaysia itu adalah satu-satunya pelanggannya pada hari itu dan disebabkan mesin basuhnya yang rosak, dia memutuskan untuk mengenakan bayaran berlebihan kepada pelancong itu. Dia kini berdepan denda sehingga 5,000 baht (RM619.01).

Dia didakwa mengikut Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat: mengutip bayaran pengangkutan melebihi tambang standard.

Polis juga mengesan bahawa motosikal Noppakhun tidak dikenakan cukai sehingga dia didenda tambahan 2,000 baht. Polis menambah mereka sedang mempertimbangkan untuk menggantung lesen pengangkutan awamnya.