Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang, semalam.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pembuli jalan yang berusia 43 tahun itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 2 petang.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1520441365133668352?s=20&t=C-xb5CVETVVrfeE6WU_–A

“Pemandu itu dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak dan hasil ujian adalah negatif. Dia juga dibawa ke Hospital Selayang untuk diambil sampel darah bagi tujuan ujian alkohol,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau lagi, pemandu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk mendapat perintah reman bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebelum ini tular di media sosial satu rakaman video dashcam yang memaparkan sebuah Toyota Alphard yang dilihat telah mencetus kekecohan di atas lebuh raya dengan memandu secara berbahaya.

Pemandu tersebut bukan sahaja memotong kenderaan lain secara melulu, bahkan dia juga telah memperlahankan kenderaan sehingga kurang 30km/j dan memberhentikan MPV secara melintang di tengah-tengah lebuh raya.

Hasil semakan juga mendapati kenderaan terbabit terdapat 56 saman terdahulu direkodkan yang masih belum dijelaskan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini sekumpulan pemilik kereta mewah dirakam telah memberhentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya untuk memberhentikan pemandu yang didakwa mabuk. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Polis Masih Menyiasat Insiden ‘Ford Vs Lamborghini’, Pemandu Wanita Didakwa Cuba Memotong Secara Zig-Zag

Sumber