Pada minggu lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Perak selepas dirempuh oleh sebuah lori treler muatan besi.

Terbaharu, pemandu lori treler terbabit, Mohamad Amirul Aznizam Razali, Ā berusia 28 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar petang tadi. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kubang Pasu, Jitra, Kedah didakwa memandu dengan cara bahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi ahmad hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 245.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara berhampiran Terowong Menora, dekat Kuala Kangsar pada pukul 1 pagi Khamis lalu.

Bagi kesemua pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga EM50,000.

Memetik Al Hijrah News, Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menetapkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengam seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Jun.

Siasatan polis mendapati pemandu terbabit mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar termasuk lapan saman kesalahan kerana memandu laju.

Suspek dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sekali gus dijangka akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu miliknya.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun didapati negatif daripada mengambil dadah.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut kronologi kejadian kemalangan yang menyebabkan lima pelajar USAS maut semasa dalam perjalanan pulangĀ untuk memulakan pengajian selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

Nahas 5 Pelajar USAS, Pemandu Treler Ditahan Untuk Siasatan

JBPM Siasat Punca Hyundai Elantra Terbakar Mengundur Di Genting Highlands

Kelam-Kabut ‘Menyelit’ Semasa Trafik Sesak, Proton X50 Terbalik Selepas Langgar Belakang Ativa

Sumber