Sekitar pukul 4 pagi, kami tiba di Hentian Duta. Mulanya berhajat mahu turun bas di TBS, tapi bila sampai di Hentian Duta, Kak Long ajak turun, katanya lebih dekat dengan rumah dia, saya ikut saja, dia orang KL, dia lebih tahu.

Keluar sikit ke hadapan, saya request UBER. Ini percubaan pertama mahu request UBER di Malaysia. Walaupun ada lagi dua free rides, tapi free rides ini saya dapat di Mesir, jadi hanya boleh guna di Mesir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Punyalah payah nak request UBER di situ, elok ada yang accept request, elok dah nak dekat sampai, pemandu cancel. Request lagi, elok nak dekat sampai, si pemandu cancel lagi.

Mungkin disebabkan tempat yang kami duduk itu ramai teksi-teksi merah, jadi mungkin mereka takut nak ambil kami di situ. Kami pun buat keputusan untuk berjalan sedikit mencari bus stop terdekat. Kemudian, saya request semula.

Alhamdulillah ada pemandu yang accept. Punyalah berpusing-pusing dia cari kami, berkali-kali telefon saya untuk pastikan tempat kami tunggu.

Akhirnya, kami terpaksa berpatah balik ke tempat tunggu kami tadi, dia berhenti di situ menanti dengan kereta Proton Waja.

“Kenapa tak tunggu je kat sini tadi? Puas saya pusing cari tak jumpa.” Abang sado lagi hensem bertanya selepas saya beri salam masuk dalam kereta.

“Oh, tadi kami request di sini, tapi semuanya cancel. Mungkin depa takut dengan teksi-teksi di sini.”

Dia baru perasan yang ada banyak teksi di situ. Padanlah, itu baru hari kedua dia menjadi pemandu UBER.

“Oh ye ke. Ada barang nak letak dalam bonet belakang tak?” tanya pemandu Uber itu.

“Tak apa, kami pegang ja.” jawab kami.

Dia buka bonet dan acah-acah letak barang dan tutup semula. Tahu takut juga rupanya. Hehe.

Ada pelekat Kem Tentera di keretanya, dan saya tanya, “Abang kerja apa sebelum ni?”

“Saya kerja kerajaan je sebelum ni, dah hilang minat kerja kerajaan, sekarang saya buat forex consultation, dan ini baru dua hari bawa UBER.”

Dari rupa dan cara cakapnya, saya rasa dia bukan asal dari KL, lalu saya tanya lagi, “Abang memang asal KL ka?”

“Tak, saya asal Kelantan, tapi saya dah duduk KL dah lebih 10 tahun, dari zaman belajar di Sungai Besi lagi.”

Selepas itu saya ada bertanya soal halal haram dalam forex, dan dia menjawab dengan profesional; tenang dan tidak hanya mahu menang.

Sampai saja di rumah Kak Long, apabila jumlah total tambang keluar, kami sama-sama kaget, kerana total tambang itu tiba-tiba jadi agak mahal, lebih mahal daripada teksi biasa dan estimate fare.

Tapi tak mengapa, kami akur saja, sebab memang waktu begini tak banyak pemandu sanggup ambil dan memang niat kami mahu cuba UBER di Malaysia.

Saya ambil kereta kakak saya, terus saya pandu ke Shah Alam. Dalam perjalanan, ketika GPS saya terpelengong tak mampu berfungsi dengan tepat, saya terima SMS daripada pemandu UBER tadi.

Tersenyum simpul saya dalam kereta. Masya-Allah, masih ada orang jujur di kota besar begini.

Bila Allah ada dalam hati, bila sentiasa ada rasa Allah memerhati, itulah benih-benih Taqwa yang maha mahal.

Kita tidak mampu nak tipu orang, apatah lagi mahu menipu Pencipta sekalian orang.

Abang, terima kasih bang, saya doakan moga Allah berkati dan murahkan rezeki abang sekeluarga ya!