Uber membawa perubahan dan persaingan kepada pasaran sedia ada dengan memberi kebaikan kepada penumpang, pemandu dan bandar di mana sahaja ia beroperasi. Namun begitu, pemandu Uber dianggap seperti menjalankan operasi ‘kereta sapu’ atau ‘teksi sapu’ atau ‘teksi haram’ kerana menggunakan kenderaan persendirian, tiada insuran kenderaan komersil untuk perlindungan penumpang dan tiada lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) untuk beroperasi seperti pemandu teksi.

Kredit: www.wemotor.com

Kredit: www.wemotor.com

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

Sejak Oktober tahun lepas, 44 buah kenderaan Uber dan 97 buah kenderaan GrabCar telah ditahan kerana menawarkan perkhidmatan teksi secara haram. Terkini melalui laporan The Sun Daily, SPAD tidak akan membenarkan pemandu Uber memperbaharui cukai jalan kenderaan dan akan disenaraihitam sehinggalah mereka menyerahkan kenderaan kepada SPAD.

Pemandu-pemandu Uber akan dikenalpasti melalui log digital aplikasi Uber berserta dengan bukti kukuh seperti video dan gambar operasi mereka. Mereka yang telah dikenalpasti akan menerima notis di bawah Seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk hadir ke sesi temuduga bersama SPAD dan pemeriksaan kenderaan bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Seksyen 16.

Sekiranya pemilik kenderaan mengabaikan notis tersebut atau gagal membawa kenderaan untuk sesi tersebut, SPAD akan menghantar satu lagi notis dan sekiranya masih tiada respon, SPAD akan menggunakan semua saluran untuk mencari kenderaan persendirian tersebut.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka