Setiap pengguna jalan raya perlu membuat ‘kira-kira’ terlebih dahulu sama ada selamat ataupun tidak sebelum mahu membelok atau membuat pusingan-U. Jika tersalah ‘jangka’ boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat dilanggar oleh kenderaan lain.

Baru-baru ini sebuah Myvi dirakam menjadi punca kepada satu kemalangan yang melibatkan dua orang penunggang motosikal tercedera serentak selepas merempuh kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal rakaman video terbabit, pemandu Myvi itu cuba membuat pusingan-U di hadapan barisan kedai buah-buahan di tepi jalan raya tersebut. Selang beberapa saat selepas itu, datang sebuah motosikal meluru laju merempuh bahagian hadapan Myvi tersebut.

Setelah itu, datang sebuah lagi motosikal merempuh pada bahagian belakang kereta. Namun penunggang motosikal kedua sempat ‘melompat’ untuk mengelak bagi mengurangkan impak pelanggaran sebelum mangsa berjalan lalu terbaring di atas jalan raya.

Kemalangan tersebut membuatkan orang ramai mengecam tindakan pemandu wanita yang cuai itu kerana mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua-dua penunggang motosikal tersebut.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia

Tambah orang ramai lagi, setiap pemandu diminta untuk melihat kawasan-kawasan blindspot untuk memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum mahu membuat pusingan-U.

Para netizen juga mendoakan agar kedua-dua mangsa segera pulih dan meminta mereka untuk menuntut ganti rugi kepada pemandu wanita terbabit kerana menyebabkan kecederaan serta kerosakan pada motosikal masing-masing.

Baca perkongsian pengalaman mencemaskan di mana seorang wanita diekori oleh kenderaan yang tidak dikenalinya ketika memandu pada waktu malam.

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu

Walaupun Nampak ‘Uzur’, Orang Ramai Tergamam Lihat Proton Saga Mampu Tarik Lori Treler

Sumber