Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kita semua tahu bahawa mana-mana pengguna kenderaan dari negara asing, mereka hanya dibenarkan untuk mengisi minyak RON97.

Artikel Berkaitan:

Tetapi wujud kumpulan warganegara asing yang degil dan selalu mengambil kesempatan, terutamanya warga Singapura yang hadir ke negara ini dan mengambil hak rakyat Malaysia.

Menerusi Facebook, SG Road Vigilante melaporkan satu lagi insiden kenderaan berdaftar dari Singapura telah bertindak mengisi minyak RON 95.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Tingkah lakunya yang seolah tidak bersalah itu telah dirakam oleh video dan dimuat naik di laman media sosial Facebook.

Tindakan beliau itu mendapat perhatian pembangu pam, yang bergegas ke pam petrol tersebut dan menghentikannya.

Warga Singapura yang merasa perbuatannya tersebut salah dan mungkin malu selepas pembantu pam tersebut menghalannya terys bergegas masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.

Netizen yang mengulas video itu memuji tindakan pembantu pam tersebut.

Sebahagian rakyat Singapura pula berkata lelaki itu sepatutnya mengepam RON 97 sahaja kerana ia masih lebih murah daripada bahan api di Singapura.