Menukar lorong secara tiba-tiba merupakan salah satu faktor utama kenapa kemalangan jalan raya boleh berlaku di negara kita. Lebih buruk lagi apabila kenderaan lain yang menerima ‘akibat’ atas keputusan yang dibuat oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tular baru-baru ini satu rakaman dashcam satu keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang sedang menaiki motosikal merempuh sebuah kenderaan model Mazda setelah SUV tersebut terpaksa brek mengejut apabila ada sebuah Proton Wira menukar laluan lorong secara tiba-tiba.

https://twitter.com/naimazharrrr/status/1439180535167741954?s=21

Rakaman video tersebut terakam pada dashcam salah sebuah kenderaan yang berada di belakang mereka. Proton Wira tersebut secara terang-terangan dilihat menukar masuk ke laluan kirinya secara mengejut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain pula terlibat kemalangan.

Orang ramai yang menonton video tersebut rata-rata memberikan komen yang tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pemandu Proton Wira tersebut.

Pada masa yang sama, ramai memberi pesanan kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat di luar sana supaya mengamalkan jarak pemanduan selamat agar dapat mengelak sekiranya kenderaan hadapan membuat brek mengejut secara tiba-tiba.

Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net

https://twitter.com/afsafawwaz/status/1439521628988211201?s=20

https://twitter.com/CedNasir_/status/1439764547322011650?s=20

Para netizen turut memuji pasangan di dalam kereta Mazda tersebut kerana sejurus motosikal melanggar bahagian belakang kereta mereka, kedua-duanya terus melihat keadaan ahli keluarga tersebut.

Tidak kurang juga ada yang menyeru orang ramai agar memasang sistem dashcam pada kenderaan masing-masing kerana ia bukan sahaja dapat merakam ‘bukti’ untuk diri sendiri, pada masa yang sama ia boleh membantu merakam insiden yang berlaku kepada orang lain.

Semoga ahli keluarga motosikal tersebut cepat pulih dan insiden ini menjadi iktibar buat orang ramai agar sentiasa memandu secara defensive berbanding pemanduan agresif yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Lihat rakaman sebuah lori pasir merempuh hampir 5 kenderaan sehingga menyebabkan seorang pemandu Myvi nyaris kehilangan nyawa.

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh Myvi Hingga Remuk Teruk

Pemandu Lori Pasir Punca Kemalangan Ngeri Didapati Positif Dadah

Pemandu Myvi Kongsikan Keadaan Terkini Selepas Terselamat Daripada Kemalangan Ngeri

 

Sumber