Jika sebelum ini para pemandu perlu membayar jumlah yang sama meskipun memiliki saman mahupun tidak, kini tidak lagi melalui pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke.

Mula diimplemen seawal tahun hadapan, para pemandu yang tidak menerima saman bakal dikenakan bayaran insuran yang lebih rendah. Proses implemen ini juga bakal melibatkan pihak insuran serta beberapa pihak bagi menjayakannya.

KL41_301018_MKJR_BN201810262009
YB Anthony Loke. Sumber: The Star

Berdasarkan kenyataan yang dibuat YB Anthony Loke, undang-undang terbaru ini bukan sahaja memberi ganjaran buat mereka yang membawa secara berhemat malah menggalakkan orang ramai untuk membawa dengan lebih cermat bagi mengelakkan daripada kemalangan. Selain itu, idea ini turut memberi kelebihan buat syarikat insuran dimana jumlah kemalangan dapat dikurangkan.

Cadangan yang diutarakan ini dijangka bakal dijayakan seawal tahun hadapan dengan kerjasama beberapa pihak. Buat anda yang mahu membayar kadar insuran yang lebih rendah, pastinya mengelakkan daripada saman menjadi pilihan.

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel lain berkaitan undang-undang dan info jalan raya di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk artikel penuh.

Nombor Plat Khas Buat IPTA Bakal Diperkenalkan JPJ

JPJ Keluarkan 7 Jenama Kereta Yang Dipanggil Semula Untuk Beg Udara Takata

JPJ Umum Peraturan Baharu Untuk Cermin Gelap Mulai 8 Mei 2019

Sumber