Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menunjukkan sikap keterbukaan dalam menerima kritikan apabila menyatakan minat terhadap karya grafik Fahmi Reza. Dalam hantaran terbaharunya di laman Instagram, Tengku Hassanal turut meminta orang ramai tidak membuat laporan polis terhadap Fahmi Reza.

“Tak perlu lapor polis. “Saya sebenarnya suka grafik itu,” tulisnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam karya terbaharu Fahmi, dengan berlatar belakang warna kuning, ia menunjukkan seorang pemuda bertengkolok melakukan tekan tubi dengan kata-kata “Push-up 4 tasik chini” yang merujuk kepada kempen media “cabaran tekan tubi untuk alam sekitar” tahun lalu, yang baginda sendiri muat naik di laman sosial miliknya.

Satira Fahmi ini hadir apabila Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berkata Tasik Chini – tasik kedua terbesar di Malaysia – tidak lagi memenuhi kriteria sebagai rizab biosfera.

Bagaimanapun, melalaui usaha campur tangan Tengku Hassanal, kerajaan Pahang telah memberhentikan kegiatan pelombongan dan pembersihan hutan di Tasik Chini.

Selain itu, baginda turut memohon maaf kepada aktivis alam sekitar Noor Jehan Abu Bakar kerana lewat menghadiri satu acara minggu lalu.

Noor Jehan sebelum ini membuat satu hantaran yang meluahkan rasa kurang senang beliau apabila Tengku Hassanal dan beberapa pegawai tertinggi lewat selama dua jam ke salah satu acara Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan.

“Mesej peribadi saya kepada Noor Jehan Abu Bakar, saya dengan jujur hati memohon maaf kerana lewat ke acara itu.

“Saya tidak berapa sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah pencegahan untuk keselamatan semua,” kata baginda.

Baginda turut meminta agar pihak polis untuk tidak menyiasat Noor Jehan atas kesalahan menghina Tengku Hassanal, “Tolong jangan buat drama.”

Kasut ini mendapat undian tertinggi di Vans Asia Custom Culture. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kasut Ini Sedang Mendapat Undian Tertinggi Di Vans Asia Custom Culture

Netizen Hasilkan ‘Playlist’ Spotify Khas Buat Fahmi Reza Selepas Beliau Ditahan Polis

Netizen Anggap Fahmi Reza Biadap, Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas