Penyampai berita terkenal RTM, Farit Ismeth Emir dilaporkan telah meninggal dunia di di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan penyampai dan pengacara Hafizal Hamad dan Akbar Sahari di laman Twitter pada tengahari tadi.

Menurut Astro Awani, berita tentang pemergian pengacara itu turut disahkan anaknya sendiri Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui,” katanya.

Berikut adalah beberapa berita terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Tekan pada pautan di bawah.

KKM Kesan Kluster Baharu Dalam Kalangan Pelajar Baru Tiba Dari Indonesia

Krisis COVID-19 Buka Hati Bintang MMA Untuk Peluk Islam

Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah

Sumber