Bertugas sebagai pembaca berita TV3 membuatkan nama Izwan Azir Saleh bukan satu nama yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini beliau merupakan antara barisan hadapan Buletin Utama yang sering menerima kecaman terutamanya berkaitan dengan isu politik.

https://youtu.be/NE4SIclIGug

Selepas 16 tahun berkhidmat, beliau semalam mengumumkan perletakan jawatannya ketika Buletin Utama sedang bersiaran secara langsung. Pengumuman ini menerima pelbagai respon yang rata-ratanya mempamerkan rasa sedih dari netizen dan rakan sekerja.

https://twitter.com/ac4p_ip4n/status/1013770289862152193?s=19

Siaran langsung semalam diakhiri dengan ucapan selamat tinggal dari rakan setugas, Pang Chin Fei dan ungkapan “Assalamualaikum dan Selamat Malam Malaysia” dari Izwan. Penonton pasti akan merindui kewibawaan beliau dalam menyampaikan informasi terkini selepas ini. Selamat maju jaya, Izwan Azir Saleh.