Laluan MRT Kajang – Sungai Buloh hari ini telah masuk hari ke 4 dibuka untuk kegunaan umum. Berikutan itu, kami telah menghubungi seorang pembaca Vocket yang telah terlibat secara langsung sepanjang projek pembinaan MRT ini iaitu saudara Nasrun Afiq Bin Nor Azmi.

Pemuda berusia 26 tahun ini pada awalnya bertugas sebagai salah seorang supervisor keselamatan di tapak pembinaan MRT di bawah sebuah syarikat struktur dan sivil bagi stesen Bukit Bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun kerana minat dan keinginan untuk tahu dengan lebih mendalam terutama tentang bagaimana sistem keretapi MRT berfungsi, Nasrun mengambil keputusan untuk bertukar ke jabatan lain yang bakal memberikan pendedahan dan pengalaman baru buat beliau.

pembinaan-mrt-33

gambar-pembinaan-mrt-0

pembinaan-mrt-32

Pengalaman menarik sepanjang bekerja bagi projek MRT

Bertukar ke bahagian safety system and trackwork memberi peluang kepada Nasrun melihat secara dekat kerja-kerja yang dilakukan sepanjang MRT dibina. Antara yang menarik bagi beliau adalah :

1. Melihat bagaimana kerja-kerja menggali tanah di Bukit Bintang dengan kedalaman 42 meter di kawasan tumpuan orang ramai. Pastinya cabaran paling besar adalah memastikan keselamatan berada pada tahap maksima buat kesemua yang berada di kawasan tersebut.

2. Melihat mesin berteknologi tinggi menjalankan kerja mengorek dan menyambung segmen-segmen terowong bagi projek MRT di bawah tanah di sekitar Kuala Lumpur.

3. Menyelia dan menjaga 57 biji keretapi elektrik (electric train atau singkatannya ET) sewaktu penghantaran.

4. Bagaimana kerja-kerja pembinaan dilakukan selama 24 jam tanpa henti.

Berikut gambar-gambar yang telah dirakam oleh Nasrun sepanjang pembinaan MRT berlangsung.

pembinaan-mrt-1

pembinaan-mrt-3

pembinaan-mrt-4

pembinaan-mrt-5

pembinaan-mrt-6

pembinaan-mrt-8

pembinaan-mrt-9

pembinaan-mrt-10

Processed with VSCO with g3 preset

pembinaan-mrt-12

pembinaan-mrt-15

Processed with VSCO with g3 preset

Processed with VSCO with acg preset

pembinaan-mrt-18

pembinaan-mrt-19
Layman called this as Train. We called this beast ET. What is ET? Electric Train.

pembinaan-mrt-20

pembinaan-mrt-21

pembinaan-mrt-22

pembinaan-mrt-23

pembinaan-mrt-13

pembinaan-mrt-25  pembinaan-mrt-27

pembinaan-mrt-29

Perasaan selepas projek MRT Fasa 1 siap dibina

Bagi Nasrun beliau rasa seronok sekaligus berbangga kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam menjayakan pembinaan MRT yang turut mencipta satu lagi sejarah bagi pengangkutan awam di negara ini.

“Walaupun setiap hari perlu bekerja sewaktu pembinaan projek MRT, bila dah siap dan lihat sendiri orang ramai menggunakan pengangkutan ini, saya rasa seronok. Bayangkan bagaimana kami bermula dari tanah yang kosong dan lapang sehingga akhirnya terbina satu struktur yang boleh dimanfaat dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Ini antara kisah yang saya boleh ceritakan kepada anak cucu nanti,” ujar Nasrun.

Tambah kawan dan kenalan dari luar negara

Siapa sangka kerana pekerjaan ini, ia turut membawa kenalan baru buat Nasrun. Kerana tugas, Nasrun perlu berurusan dan berkomunikasi dengan pekerja dari luar negara.

“Disebabkan saya suka travel, saya berkawan dengan mereka. Pada bulan Mei baru-baru ini, saya telah ke Perancis dan sewaktu di sana saya telah diajak tinggal bersama kenalan warga Perancis yang pernah terlibat dalam projek MRT di negara Malaysia. Kawan-kawan saya ini juga sekarang sedang terlibat dengan projek MRT di negara mereka.”

pembinaan-mrt-4c
Nasrun bersama warga Perancis yang dikenali sewaktu beliau berurusan untuk pembinaan projek MRT.

Bak kata orang tua, berkawan biar seribu. Itulah yang dilakukan oleh Nasrun. Lebih menarik warga Bangladesh dan Pakistan yang bekerja untuk pembinaan projek MRT ini juga turut mengajak Nasrun berkunjung ke negara mereka.

“Bila projek MRT fasa 1 ini siap, kawan-kawan warga Bangladesh dan Pakistan turut gembira. Mereka siap buat parti sesama mereka. Kawan-kawan yang dah balik ke negara asal di Bangladesh dan Pakistan pun ada yang ajak saya travel ke negara mereka.”

Selepas MRT Line 1 siap sepenuhnya, pembinaan MRT Line 2 yang dinamakan SSP pula akan disambung meliputi laluan Sg Buloh – Serdang – Putrajaya Line. Projek sambungan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022 meliputi perjalanan sejaun 52.2 km dengan jumlah stesen sebanyak 36 buah stesen.

Di bawah pula adalah gambar yang sempat dirakam oleh Nasrun selepas MRT Fasa 1 siap. Sebagai salah seorang yang terlibat bagi pembinaan MRT ini, saya yakin banyak kenangan dan kisah yang disimpan oleh Nasrun apatah lagi apabila ia melibatkan projek yang memakan masa beberapa tahun untuk disiapkan.

Processed with VSCO with g3 preset

gambar-pembinaan-mrt-2

Processed with VSCO with 6 preset

gambar-pembinaan-mrt-4

gambar-pembinaan-mrt-5

gambar-pembinaan-mrt-6

gambar-pembinaan-mrt-7

gambar-pembinaan-mrt-8

gambar-pembinaan-mrt-9

gambar-pembinaan-mrt-10

gambar-pembinaan-mrt-11

gambar-pembinaan-mrt-12

gambar-pembinaan-mrt-13

gambar-pembinaan-mrt-14

gambar-pembinaan-mrt-15

gambar-pembinaan-mrt-16

gambar-pembinaan-mrt-17

gambar-pembinaan-mrt-18