Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 telah menjadi bual bicara bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, bahkan telah menarik perhatian dunia apabila Bursa Malaysia dilaporkan menjadi ‘hijau’ sejurus pengumum tersebut dibuat.

Bagaimanapun ada satu hantaran Facebook telah mengundang rasa kurang puas hati netizen apabila pemilik akaun media sosial itu mengaitkan iklan arak keluar secara tiba-tiba di timeline Facebook dengan pelantikan Perdana Menteri baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Hai..biar betik ini. Baru sahaja umum PM ke-10, tiba-tiba keluar ads Whiskey di wall FB. Tak pernah-pernah keluar iklan dekat sini, elok pula timing nya hari ini. Lain macam Whiskey ini,” tulis pemilik akaun tersebut.

Hantaran tersebut telah menerima kecaman netizen kerana perkara tersebut langsung tidak berkait dengan pelantikan pucuk kepimpinan baharu negara ini.

Netizen memberi pencerahan iklan yang keluar pada timeline Facebook bergantung pada hasil carian yang pernah dibuat melalui platform media sosial atau web browser seperti Google atau Safari.

Sebagai contoh, jika kita sentiasa membuat carian mengenai ‘ikan laga’, Facebook akan menunjukkan iklan-iklan berbayar yang berkaitan dengan ikan laga kepada penggunanya yang telah berada di dalam ‘kelompok audien terpilih’.

Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook

Dalam pada itu, netizen meminta pengguna Facebook itu agar berlapang dada dengan keputusan PRU15 baru-baru ini. Bukan membuat spekulasi semberono terhadap individu atau parti yang tidak sehaluan ideologi politik dengan dirinya.

Netizen turut berharap agar orang ramai tidak menyebarkan ‘kebencian’ yang tidak perlu dan tidak sepatutnya, serta bersama-sama membangunkan semula negara yang diketuai pucuk kepimpinan baharu.